Tuesday, January 4, 2011

RON97 Naik Harga

Kecoh pihak pembangkang bila RON97 naik harga. Habes dikata kerajaan tak prihatin kepada rakyat. Tipu rakyat. Khianat rakyat. Semuanya serba serbi salah kerajaan. Apa pula kata rakyat?

Rakyat berpendapatan rendah mungkin tidak mengambil enteng isu minyak RON97 ni kerana RON95 masih stabil harganya. Masih ada alternatif untuk mereka. Begitu juga dgn rakyat berpendapatan sederhana.RON95 masih lagi alternatif terbaik untuk mereka.Sebelum ini Shell memperkenalkan Shell V-Power, tidak ada satu suara pun yg merungut harga minyak itu mahal kerna harga minyak yg lain masih ada.Begitu juga isu RON97 ini.RON95 masih ada.

Jadi yang mungkin terkesima dengan harga minyak ini adalah golongan kelas atasan.Mungkin merekalah pengguna major untuk RON97 kerana mereka mungkin ada kereta-kereta sport dan mewah yang memerlukan minyak yg lebih berkualiti dan tahap pembakaran yang lebih lengkap.Tapi sekiranya mereka mampu membeli kereta beharga jutaan ringgit masakan minyak naik harga ini satu masalah??

Jadi siapa sebenarnya yang terkena tempelakan minyak RON97 ini?

Jawapannya mudah saja, pertama orang yang berlagak dan hidup dalam konsep biar papa asal bergaya. Mereka perlu kepada gaya dan material yang paling baik sedangkan pendapatan hanya cukup makan saja. Orang-orang sebegini akan melatah terlebih dahulu.

Kedua adalah Parti Al-Islam SeMalaysia kerana mereka ini sudah tiada isi penting lagi di dalam ceramah mereka.Jadi isu minyak RON97 naik harga ni ibarat durian runtuh dan bulan jatuh ke riba bagi mereka.

Ketiga adalah Pakatan Rakyat.Alasannya sama seperti PAS kerana Anwar Ibrahim sedang sibuk dalam kesnya meliwat orang.

Jadi, rakyat mana yang dikatakan oleh pakatan rakyat sebagai dikhianati Kerajaan Barisan Nasional?

No comments:

Post a Comment